Saturday, February 12, 2011

EKONOMI

by Pertubuhan Kebajikan Sejati Msia on Saturday, 15 May 201

Dalam pertubuhan kebajikan sejati malaysia cawangan pusat di pulau pinang jemaah kami banyak menjalankan aktiviti dalam bidang perniagaan bagi mengukuhkan ekonomi jemaah kami.Contohnya,kedai makan yang diusahakan oleh abang long cup di kawasan taman pauh,kedai burger yang di usahakan angah farzuki di kawasan penanti dan lain-lain lagi.Di samping itu kami menyediakan pelbagai peluang pekerjaan bagi jemaah sejati malaysia.Dengan ini jemaah-jemaah yang menganggur dapat mengisi peluang pekerjaan yang kami sediakan.kami mengeluarkan modal bagi memulakan perniagaan jemaah.Dari hasil keuntugan yang diperolehi kami hanya mengambil sebanyak 30% untung untuk pertubuhan.setakat ini kami mempunyai ahli 150 orang yang terlibat dalam perniagaan pertubuhan.Ini juga dapat mengurangkan kes-kes jenayah dalam masyarakat sekeliling.Kami mengucapakan jutaan terima kasih kepada paduka Ayah Lee kerana banyak memberi sokongan dan dorongan serta modal kepada kami untuk memulakan perniagaan.juga disini kami ingin mengucapakan selamat Berjaya kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam perniagaan kami.Semoga setiap usaha penat lelah kita untuk mencari rezeki yang halal akan diberkati oleh ALLAH S.W.T dan sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam.
AMIN……
















INSYAALLAH ini cita-cita kami dalam bidang ekonomi semoga ALLAH merestui cita-cita kami...





No comments:

Post a Comment